Latest News
Sebagai warga yang prihatin dan penyayang, kita sewajarnya cukup peka terhadap isu-isu semasa yang sedang bermain di sekitar kita. Bencana banjir yang sedang melanda negara Pakistan sebagai contoh seharusnya telah lama membuka mata hati dan sifat keprihatinan kita untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan atas nama kemanusiaan dan kasih sayang.
Lebih dari 2000 orang telah meninggal dunia dan lebih dari 1 juta rumah telah hancur sejak banjir bermula. Dianggarkan bahawa lebih daripada 20 juta orang tercedera dan kehilangan tempat tinggal. Jumlah itu melebihi jumlah mangsa tsunami Lautan Hindi 2004, gempa bumi Kashmir tahun 2005 dan gempa bumi Haiti tahun 2010. Akibat banjir ini, sekitar satu per lima dari keluasan negara Pakistan telah ditenggelami air.
Ada kanak-kanak yang hanya makan sekali sehari. Ada yang hanya bersahur tanpa berbuka sepanjang bulan Ramadhan yang lalu hanya kerana kurangnya sumber makanan kerana terlalu sedikit sumbangan yang mereka terima.
KKSB melalui Unit Pengajian Am dengan kerjasama HALUAN akan mewujudkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan bagi memberi peluang kepada seluruh warga KKSB untuk turut menyumbang atas dasar kemanusiaan. Kutipan dari tabung ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) yang bakal berlepas ke Pakistan pada awal Oktober nanti atas misi kemanusiaan di Pakistan.Tabung ini akan diedarkan dari kelas ke kelas sepanjang tempoh 23-29 September 2010. Warga KKSB juga boleh terus berjumpa dengan Ustaz Noorkhairan Nordin untuk menyampaikan sumbangan peribadi ke atas tabung ini.
Buletin KKSB menyeru seluruh warga KKSB yang prihatin untuk sama-sama menderma sekadar apa yang termampu kepada warga Pakistan untuk sama-sama mengurangkan beban kesusahan yang sedang mereka alami. Sumbangan derma atau bantuan juga boleh disalurkan terus kepada salah satu dari tabung berikut:

- Tabung Kemanusiaan HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia)
Nama Akaun: HALUAN
No. Akaun: 14-023-01-002571-8
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad - Tabung Bantuan Bencana Pakistan - Media Prima NSTP • Bank-in/Masukkan dana melalui nombor akaun Maybank 5142 7133 9000, dengan nama "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" • Menulis cek kepada "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" dan hantar ke: (d/a) Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 5, North Wing Sri Pentas 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Selangor Darul Ehsan.
- Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia)
melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY
Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau
CIMB di nombor 1424-000-6561053
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010 dibuka mulai hari KHAMIS, 5 Ogos 2010.
http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
e. *Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
Pemohon Sesi Jun 2010 yang tidak berjaya atau tidak mendaftar boleh memohon semula menggunakan no. pin yang sama.
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
Sesi Disember 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my
Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)
Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan Disember 2010 sahaja.
Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.
Unit Pengajian AM KKSB telah menganjurkan Hari Inovasi Pelajar KKSB pada 24 Ogos 2010 lalu. Program ini dianjurkan bersempana sambutan Hari Kebangsaan ke-53 negara kita, Malaysia
Produk-produk inovasi ini telah dihasilkan oleh para pelajar KKSB yang mengikuti modul Pembangunan Diri, Unit Pengajian AM. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyemai sifat berinovatif dan kreatif dalam diri pelajar dalam menempuh cabaran kehidupan harian mereka.
Acara-acara yang dijalankan telah dibahagikan mengikut semester pengajian pelajar. Pelajar semester 1 telah menghasilkan buku skrap sempena Hari Kebangsaan , manakala pelajar semester 2 telah melukis poster bertemakan Hari Kebangsaan. Pelajar semester 4 pula masing-masing telah mencipta hasil produk berbentuk inovatif.

Ikhsan: http://ummina.blogspot.com
Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air bersama GreenTech Malaysia menganjurkan pertandingan Greentition bertemakan Teknologi Hijau , Gaya Hidup Hijau
Segarkan minda kreatif anda dengan pengabadian dalam bentuk fotografi yang paling imaginatif atau ceritakan bagaimana anda menerapkan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian anda.( Hijau Duniaku)
Salurkan kreativiti dan perasaan anda mengenai taknologi hijau menerusi pertandingan Greentition ini.
uji minda dan pengetahuan anda mengenai teknologi hijau secara kreatif. Maklumat lanjut...sila layari :www.greentechmalaysia.my/greentition
DAN memenangi------>
PERTANDINGAN INOVASI:MALAYSIA INOVATIF 2010
Sempena sambutan Malaysia Inovatif 2010 bertemakan Meraikan Kreativiti,satu pertandingan inovasi peringkat zon akan diadakan.Pertandingan ini memberi peluang mengiktiraf usaha inovasi serta kreativiti yang menjana idea , ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi di peringkat akar umbi ke arah penghasilan kekayaan serta dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat. untuk maklumat lanjut :http://www.malaysiainovatif.gov.my.
"Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berinovasi tinggi yang mempunyai nilai kepada masyarakat dan boleh dikomersialkan, yakni tidak hanya untuk tujuan penulisan ilmiah atau dimasukkan dalam jurnal."
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pembentangan oleh Pn. Suriati Ali
Sehubungan dengan itu, Unit R&D Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) menganjurkan kolokium KKSB buat julung-julung kalinya pada 17 Ogos 2010.
Pembentangan oleh En. Rosli (Ketua R&D)
Bertempat di Dewan KKSB, sebanyak empat kertas cadangan dan tujuh kertas penyelidikan dibentangkan oleh 12 orang pembentang. Skop kajian meliputi bidang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), teknologi komputer, elektrik dan hal ehwal pelajar.
Pembentangan oleh Pn. Norawati Masro
Kesemua pembentang dinilai oleh Pn Suriati bt Abdullah, Pengarah KKSB, En Yusop bin Paal, KJPSH dan En Badarudin bin Kusni, KJKK.
Tujuan utama kolokium ini adalah menyediakan platfom kepada pensyarah untuk membentangkan kertas cadangan kajian dan hasil kajian yang telah dijalankan.Selain itu, menggalakkan pensyarah untuk berfikiran secara kretif dan inovatif dalam bidang masing-masing. Di samping membudayakan amalan membaca dan menggalakan staf untuk menulis secara ilmiah.