Tuah ayam nampak di kaki; Tuah manusia siapa yang tahu. Seorang bekas pelajar sijil Sistem Komputer & Sokongan kini bergelar usahawan tani (agro); Suatu bidang yang memang asing (berbeza) dengan sijil yang diperolehinya.
Mohd Shafie Den Diar bin Yunos, Pengurus Den Diar Agro Farm dahulunya adalah pemegang sijil Sistem Komputer & Sokongan kini boleh berbangga kerana berjaya membuktikan beliau juga boleh berjaya dalam bidang yang jauh berbeza dengan bidang kemahiran beliau. Lulusan tahun 2007 ini kini bergiat aktif dalam bidang Agro Pertanian dengan mengusahakan ternakan puyuh, ayam kampung dan incubator penetasan telur.
Apa yang menarik, mesin incubator penetasan telur ini adalah hasil ciptaan beliau sendiri menerusi RnD (Research and Development) selama setahun. Berbeza dengan incubator konvensional (kayu), incubator yang beliau hasilkan adalah lebih murah, mudah alih, menghasilkan peratus penetasan telur yang lebih tinggi (90%), dan tahan lama.
Syabas diucapkan kepada saudara Shafie! Pihak BuletinKKSB mengucapkan selamat berjaya dan mendoakan semoga beliau akan berjaya dan cemerlang dalam bidang yang beliau ceburi.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, beliau boleh dihubungi di:
Den Diar Agro Farm
Jalan Tabuk Rasidin,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013 2125416 (shafie)
Latest News
July 27, 2010 at 7:49 PM
Shafie ni dulu digelar sebagai pelajar yang nakal jugak la... Tapi tu dulu... Sekarang da jadi tokey :P