Unit Pengajian AM KKSB telah menganjurkan Hari Inovasi Pelajar KKSB pada 24 Ogos 2010 lalu. Program ini dianjurkan bersempana sambutan Hari Kebangsaan ke-53 negara kita, MalaysiaProduk-produk inovasi ini telah dihasilkan oleh para pelajar KKSB yang mengikuti modul Pembangunan Diri, Unit Pengajian AM. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyemai sifat berinovatif dan kreatif dalam diri pelajar dalam menempuh cabaran kehidupan harian mereka. Acara-acara yang dijalankan telah dibahagikan mengikut semester pengajian pelajar. Pelajar semester 1 telah menghasilkan buku skrap sempena Hari Kebangsaan , manakala pelajar semester 2 telah melukis poster bertemakan Hari Kebangsaan. Pelajar semester 4 pula masing-masing telah mencipta hasil produk berbentuk inovatif.Hasil poster pelajar semester 2
Buku skrap pelajar semester 1
Antara pengunjung pameran Hari Inovasi
Pelabelan Makanan antara ciptaan Pelajar Pemprosesan Makanan
Pembungkusan Swiss Roll dalam tabung jernih
Sejadah dan bantal 'portable' ( 2 dalam 1 )- sesuai 'travelling'
Tabung yang boleh mengasingkan duit syiling
Penanda buku yang telah diubahsuai menjadi tempat letak surat
TOTO serba guna - serba pelbagai (toto , kusyen , lapik kerusi )
Mesin pemotong padi angin
Lampu hari merdeka ??
Lampu juga - hari raya, berwarna-warni
En. Yusop (KJPSH) memantau melihat hasil pelajar
Pn. Noor Akmar selaku hakim pada hari tersebut
Antara pemenang pertandingan. Hadiah telah disampaikan oleh Ust. Noorkhairan (Ketua Unit P. Am)
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments