"Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berinovasi tinggi yang mempunyai nilai kepada masyarakat dan boleh dikomersialkan, yakni tidak hanya untuk tujuan penulisan ilmiah atau dimasukkan dalam jurnal."
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pembentangan oleh Pn. Suriati Ali
Sehubungan dengan itu, Unit R&D Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) menganjurkan kolokium KKSB buat julung-julung kalinya pada 17 Ogos 2010.
Pembentangan oleh En. Rosli (Ketua R&D)
Bertempat di Dewan KKSB, sebanyak empat kertas cadangan dan tujuh kertas penyelidikan dibentangkan oleh 12 orang pembentang. Skop kajian meliputi bidang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), teknologi komputer, elektrik dan hal ehwal pelajar.
Pembentangan oleh Pn. Norawati Masro
Kesemua pembentang dinilai oleh Pn Suriati bt Abdullah, Pengarah KKSB, En Yusop bin Paal, KJPSH dan En Badarudin bin Kusni, KJKK.
Tujuan utama kolokium ini adalah menyediakan platfom kepada pensyarah untuk membentangkan kertas cadangan kajian dan hasil kajian yang telah dijalankan.Selain itu, menggalakkan pensyarah untuk berfikiran secara kretif dan inovatif dalam bidang masing-masing. Di samping membudayakan amalan membaca dan menggalakan staf untuk menulis secara ilmiah.
0 comments